Tuesday, January 26, 2010

mengapa harus meniru?

hai, apa khabar?

Saya memang tidak suka menggunakan HURUF BESAR.

oke.

Saya terpanggil unutk menyatakan sesuatu. sudah lama saya memerhatikan keadaan di kolej. pelajar jurusan fashion design harus berpakaian sexy dan memakai kasut yang paling canggih abad ini dan apabila berjalan, harus ada seorang teman lelaki yang hensem tabolehblah seperti pelakon "shuffle milikku". siapa nama dia?

ya, itulah yang saya nampak. jika pelajar jurusan graphic, art, mutimedia design, harus pakai jeans koyak serta selipar jepun. perempuan pula, harus ada sedikit gothic campur 'indie'. dia faham ka indie itu apa? oke adik-adik, sila tanya uncle Google sekarang juga.

kesinambunganya, mereka cuba menonjolkan diri masing-masing dengan cara mereka sendiri. pada saya, mereka harus berfikir di luar kotak, berfikir tanpa batasan berfikirlah macam mana sekalipun, saya tak kisah. tapi, cara mereka, zaman kolej saya tahun 2004 dulu saya sudah pakai skinny jeans. oke, masa tu saya masih mampu pakai skinny jeans. bluek.

mengapa harus meniru?

Bukan itu saja, dalam ujian pun hendak meniru. sungguh tak adventure. semua benda hendak ditirunya. Mengapa harus meniru? sebab suka? sebab tiada pilihan?



pengsan!


ada sesiapa boleh ajar saya 3DMAX?


** update

oleh kerana hasni jamali telah bertanya tentang pakaian pelajar sastera, saya cuba terangkan apa yang saya nampak dari kacamata fokus point saya.

oleh kerana dikolej saya tiada istilah pelajar sastera, saya ambil dari kisah sekolah menengah saya. Pelajar kelas sastera adalah pelajar yang suka mengorat. serius saya malu nak lalu didepan kelas sastera. saya rela turun tangga dan naik semula tangga untuk ke tandas dan tandas itu pula hanya beberapa tapak dari kelas sastera. saya malu. nanti kalau kena ngorat macam mana? sudah la ada lelaki-rambut-berminyak-belah-tengah denagn senyuman paling cute dalam dunia ni ada dalam kelas sastera.

**pengsan

kalau tak kena ngorat malu, kalau kena ngorat pun malu. :)

pelajar kelas sastera disekolah saya adalah pelajar yang romeo-rambut-berminyak-belah-tengah. pelajar perempuan pula adalah gadis-gadis brutal yang layan lagi scoin. hok. kain pelajar perempuan harus labuh hingga seret lantai. lagi labuh lagi cool la.

ada juga yang lebih suka bergaya terlebih. pergi sekolah je pun. tak payah la pakai lipstick. oke, itu pelajar kelas sastera sekolah saya. saya masih belum nampak dimana sastera mereka.

dulu saya pelajar kelas akaun 5PA2. $_$

2 comments:

hasni Jamali said...

NeyJoehan... :)

bagaimana pula dengan cara berpakaian pelajar sastera? :)

ney said...

ok tak dengan update saya? :)