Friday, June 25, 2010

sesi bersama kak ney joehan

saya rasa, kita tidak perlu fikir panjang untuk melakukan perkara-perkara yang mudah. contohnya:

1. berfikir selama 1o minit untuk beli cucur kodok
"kalori banyak ni. jika makan, nanti banyak lemak. nanti gemuk"
kata saya : beli sahaja. selepas makan, petang nanti atau esok pagi sila bersenam. jangan menyesal kerana makan cucur kodok. bukankah sedap?

2. berfikir untuk mandi atau tidak sebelum tidur.
"sejuk, hujan lebat pula tu. haruskah saya mandi?" ( berfikir selama setengah jam)
kata saya : tak usahlah mandi. jimat air. tidur saja. esok pagi bangun subuh, mandilah. kalau badan gatal-gatal nanti, sila salahkah diri sendiri. mudah!

3. berfikir untuk bila masa yang sesuai untuk membaca buku.
"bilalah mahu habiskan buku / novel yang bertimbun itu?"
kata saya : sebelum tidur, bacalah satu bab. jika tidak mampu, 5 muka surat. takkanlah itu pun tak mampu. tengok bola sampai 5 pagi boleh pula. sila rasa bersalah sekarang.

4. berfikir mahu pakai tudung atau tidak.
"mahu pakai bila ya? tahun depan lah, atau mungkin selepas kahwin. tunggu seru."
kata saya : mana ada seru-seru. tipulah.



ada soalan?

No comments: