Wednesday, October 20, 2010

secawan milo panas

Time : 9.38 am
Listening to : Sleeping sun - Nightwish

Ini adalah cawan kedua untuk pagi ini sejak jam 9 pagi. hati membara kerana kasut merah hilang. Wondering, mungkin pencuri itu tiada duit untuk beli kasut baru, teringin untuk bergaya. solusinya, mencuri. 

biarlah

mungkin saya akan mendapat yang LEBIH BAIK LAGI. 

kerja design-mendesign maih lagi berjalan seperti biasa. Bai bagi lagi 1 cupcake. terus makan tanpa fikir panjang. malas hendak fikir. makan bukan masalah susah. makan je pun, bukan suruh tembak orang.

Assigment 3D masih dalam 'nak-buat-la-ni'. masih. semalam sempat mengexplore lightwave. seronok pula. 

hendak design kad kahwin masih belum ada mood. masih mencuba untuk mencari mood.

moooooooodddddddddd

lagi satu cawan milo suam. minum dengan tenang. dan sambung kerja design.

kerja sebagai pereka bukan satu perkara mudah. dan lagi apabila belajar dalam masa yang sama. kerana itulah hidup seperti tidak cukup masa. masa untuk makan sentiasa ada. jangan risau. masa untuk perkara-perkara wajib masih dijaga. kerana itulah saya kata saya sibuk.

bukan sibuk yang main-main dan lepas tu post dalam blog kutuk-kutuk orang "sibuk memanjang". tunggulah bila tiba masanya dia juga akan bekerja. punya hidup dan bukan jadi stalker dan kutuk-kutuk orang dalam blog. buat dosa sahaja.

untuk adik-adik sayang, jangan tiru perangai itu. perangai 'orang-kurang-sihat'. kita terpelajar. jangan ikut dia.

secawan milo lagi.

ahhhh~~ lega

No comments: