Sunday, February 27, 2011

Tip fesyen #03

Hai kawan-kawan. Saya kembali lagi dengn Tip fesyen.

Kali ini saya kembali bukan dengan Image google. Tetapi, saya kembali dengan imej yang sebenar dan tiada suntingan / edit langsung.

Dan kerana itulah jerawat saya kelihatan -_-"

ok, kembali kepada cerita asal.

Apa yang saya cuba sampaikan pada kawan-kawan adalah bagaimana untuk menyuaipadankan pakaian sebagai gadis berbadan besar yang bergaya sakan (abaikan perkataan sakan)

1. Jika anda bertudung, pilihlah tudung yang mampu menutup dada anda. kerana apa? kerana gadis berbadan besar mempunyai dada yang ....... ok. Sambung sendiri. Jadinya, adalah lebih manis bertutup begitu. kan? kan? Jika ada gadis yang ingin mengenakan shawl tetapi pendek, boleh, tetapi pandai-pandailah tutup sendiri. 

                                      


2. Saya adalah gadis XL. oleh kerana saya suka makan dan tidak suka exercise, jadinya size M dulu hanya tinggal kenangan. Padan muka! Jadi, size jeans dan segalanya banyak berubah. Dengan itu saya memilih untuk memakai maxi. Harga Maxi pula tidak perlulah beratus. cukup hanya RM50. Saya beli maxi saya dari blog menjual pakaian plus size (baca betul-betul. Plus Size) sob -_-" oh~  Maxi ini juga boleh di dapati di kedai-kedai lain.


                                      


3. Pakej size XL ini datangnya dengan lengan yang berisi dan tidak berotot seperti Malik Nor.  Walaupun memakai inner bersize L, lengan gempal ini tetap kelihatan dan bikin saya hot. Hot bukan bererti "wow cantiknya dia" tetapi "ni yang aku bengang ni". oleh itu, saya mengenakan cardigan three Quoter ini sebagai pelindung. Yes!! berjaya :) **senyum puas-puas







Dengan itu, marilah kita ber-phototbooth bersama-sama :)





Hasilnya, anda akan berasa gembira sepanjang hari.  Dada yang bertutup, lengan gempal yang tersembunyi serta boleh makan banyak kerana pinggang tidak terikat.


:)


**senyum lagi.


jaga kesihatan. Bye :)

2 comments: