Friday, November 18, 2011

Kucing yang mencari keluarga


Kucing memberi kegembiraan :)

nyet.jpg

Mo-Nyet

Mo-Nyet berasal dari Wangsa Maju seksyen 4 dan tiada tuan. Warna bulunya bercampur hitam dan oren (abstract).

Dia datang ke rumah saya dalam keadaan lapar dan kurus. 

Badannya juga mempunyai kesan luka, kemungkinan disimbah dengan air panas 

Mo-Nyet diberi makan dan sejak itu dia menjadikan rumah saya sebagai rumahnya juga. Dia juga semakin kuat makan.

Semasa ingin berpindah, suami mahukan Mo-Nyet dibawa bersama kerana risau tiada sesiapa yang akan memberi makanan. 

Selepas beberapa minggu berpindah ke tempat baru, bentuk fizikalnya turut berubah.

Dan tiba-tiba Mo-Nyet melahirkan 3 ekor 



Mari berkenalan dengan the Babies...


nyet-2.jpg

Dari kiri : Timmy, Mamba, Mojo (Semua betina)


Mo-Nyet sangat protective dan pembersih. Dia juga tidak mengganggu semasa saya sedang makan. Cuma dia suka diberi perhatian seperti datang menyondol di kaki dan duduk di atas riba.

Sebab mengapa saya mahu menyerahkan mereka adalah kerana faktor komitmen. Setiap hari saya pulang lewat. Saya keluar rumah jam 7.30 pagi dan pulang jam 9.00 malam (paling awal).

Anak-anak kucing ini hanya diberi makan pada waktu pagi sahaja (Kasihan, bukan?)

Di sini saya mohon jika ada sesiapa yang berminat untuk menjadi keluarga angkat untuk anak-anak kucing ini berserta ibunya sekali (jika mahu), saya berbesar hati untuk menyerahkan mereka beserta dengan beberapa paket 

makanan kucing (wet food) dan juga bekas pasir.

Jika berminat untuk memilik seekor, saya tiada masalah untuk memberi.

Saya dahului dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi membaca e-mel ini. 

Mohon sesiapa yang bermurah hati untuk mengambil kucing-kucing ini menjadi 'kucing angkat', sila hubungi saya dengan segera.

//Pilihan terakhir untuk tempatkan mereka adalah SPCA  



"Please be aware that if your surrendered animal is injured, 
falls ill, has behavioral problems or does not find a home after a certain period of time
there is a high chance of it being put to sleep based on the discretion of the vets."
-SPCA

No comments: