Tuesday, February 14, 2012

Ini dikatakan kerja melambak dan malas nak lipat baju

Assalamualaikum,


sudah makan? 


saya sudah. makan megi di dalam cawan.


Berita gembira :3


Saya sudah dapat seorang illustartor yang bakal bekerjasama dengan saya untuk project siri conteng-conteng iaitu seorang illustrator perempuan yang saya sangat kagumi bakatnya.


dia sangat hebat weh.


dan lagi, project yang saya namakan Nini, Nana & Bobo ini bakal dan Insya Allah akan diterbitkan sebelum pesta buku. 


Mohon dipermudahkan segala kerja dan diberi ketabahan dan kerajinan dalam menjalankan pekerjaan ini.


oh, lupa


I Love You Shooting Star juga dipaksa untuk disiapkan dalam tempoh terdekat ini. Mohon diberi kekuatan untuk menyiapkan segala kerja.


sudahlah semester ini kena buat thesis **pengsan baju juga banyak belum dilipat. mahu harapkan jabba atau kecik untuk lipat... memang jangan haraplah. tolong pijak-pijakkan boleh. jabba semakin gemuk. saya syak dia mengandung. kecil-kecil sudah mengandung. cis.


dan juga, tidak lupa,                                        


Iklan 2 saat




Dengan itu, mari kita cari Extra Joss dan makan makanan sihat supaya otak cerdas, cergas dan pintar. 


//The Cranberries buat konsert di stadium merdeka 4 Aprll ini. jumpa saya di rock zone. heh.

No comments: