Thursday, September 20, 2012

Senarai genre unit PTS Litera

Ini adalah senarai genre bagi unit PTS Litera. Berikut adalah senarainya:

Novel Sejarah Islam: Sebuah novel yang memaparkan tokoh-tokoh Islam ataupun peristiwa-peristiwa yang berkaitan Islam. Ditulis dalam bentuk fiksyen. Cuma bagi kategori ini, kami hanya ambil penulis yang benar punya kajian mendalam dalam apa yang mereka mahu tulis. 

Novel Cinta (Pop): Jalan cerita seperti novel-novel di pasaran tetapi syariah compliant.

Novel Cinta Islami (i-novela): Ada keseimbangan antara pop dan unsur islamik.

Novel Tauhid: Sepenuhnya membincangkan tentang topik-topik islam secara serius dan akademik tetapi ditulis dalam bentuk fiksyen.

Novel Terjemahan: Kami ambil daripada novel-novel luar negara yang isinya bagus. Kalau Tuan-Tuan punya cadangan novel-novel yang baik buat bacaan rakyat Malaysia, boleh diajukan kepada kami.

Novel Syok: Chiclit-Ada unsur motivasi dan inspirasi sesuai untuk bacaan 18 tahun-25 tahun. Jalan cerita ada unsur humor dan bahasa santai tetapi tetap syariah compliant.

Novel Syok (Hallyu Wave): Diinspirasikan daripada drama-drama Korea. Seratus peratus kisah cinta tetapi tetap syariah compliant. Jalan cerita perlu banyak drama dan konflik.

Novela: Novel pendek, sekitar 100-150 muka surat. Chiclit. Jalan cerita berkisar satu topik tertentu. Ringkas tetap padat dengan unsur moral.





Nota:





Untuk adik-adik comel yang menghantar e-mel berkaitan penulisan dan pertanyaan tentang genre yang sesuai untuk adik-adik bawah 12 atau 15 tahun mahu tulis, K`ney cadangkan adik-adik emelkan sahaja pertanyaan kepada ptsone@pts.com.my.





Ini kerana, K`ney hanya menulis untuk PTS POP dan PTS Litera





boleh gitew~ :)

No comments: