Monday, June 15, 2009

Sesi pendaftaran semester 1.

hari ini hari pendaftaran. sesak tu jangan cakaplah, lebih sesak dari jalan TAR. saya terpaksa menunggu lama untuk berjumpa dengan Head of Department yang langsung saya tidak kenali.

Saya berdiri di satu sudut dengan memegang 1 borang pendaftaran sabjek dan jadual yang saya tidak pasti betul atau tidak kerana untuk pelajar separuh masa seperti saya hanya tertera 'Bussiness Communication 2' untuk semster 1. " Takkanlah 1 sabjek untuk 1 semester?"

hampir sejam setengah saya ke hulu ke hilir mencari Head of Deparment yang berkuasa untuk menentukan sabjek yang patut saya ambil itu, saya masih gagal kerana HOD itu berada di block belakang (kata kerani yang berkaca mata bertudung biru)

Geramnya saya. hampir semua pertanyaan saya dijawab dengan "saya tak tahulah dik", "Wallahualam", "tunggu la sejap" (setelah sejam berdiri didepan beliau). **muka bengang

Di kolej lama, tiada perkara sebegini berlaku. semuanya terancang dan saya sangat senang hati kerana HOD selalu ada ditempatnya apabila dicari dan kami semua ada no.telefon beliau =)

// kelas akan bermula khamis ini. hati saya berdebar. kalau pakai high-heels oke x?