Thursday, July 2, 2009

saya masuk belajar

kelas sudah bermula. saya langsung tidak excited untuk membeli pen, buku nota garis-garis, kotak pensel power rangers dan pemadam. nah.. langsung tiada nafsu untuk menghabiskan duit ke arah itu.

hari pertama kelas, tiada apa yang menerujakan. dapat 1 projek. kumpulan saya ada 3 orang. kumpulan lain tiada. semua buat secara solo. heh. kami sungguh power puff girls. comel kan?

saya telah membayar bil broadband sebanyak RM201.15 semalam. balik rumah, broadband saya tidak boleh digunakan. saya marah. hari ni, saya bertekad untuk ke maxis center di KLCC untuk meng-upgrade broadband saya kepada yang lebih canggih. mungkin terpaksa bayar 100-200
huh. banyak betul duit saya.

ini adalah langkah-langkah untuk memudahkan saya untuk menyiapkan assigment dan kerja-kerja freelance. takkan nak buat di office pula. sungguh rasa bersalah. ini pun saya rasa bersalah kerana menge-post entry waktu pejabat.

oke. bai.

No comments: