Wednesday, August 26, 2009

zirafah pink?


Hai kawan-kawan. dah makan?

ok, untuk menjadi seorang yang kaya seperti bill gates atau datuk yusof haslam, kita kena mula menyimpan. kenapa bill gates tiada datuk? dia kan kaya.

jadi, saya telah dihadiahkan seekor zirafah pink hidung bulat untuk menjaga wang-wang keluar masuk saya. biasa la kalau first day simpan duit, beria sampai masukkan not 50$. seminggu lepas tu, keluarkan semula sebab sudah tiada duit makan. **sila buat derma kilat untuk saya. jasa anda dikenang. ='( terima kasih kepada kanak-kanak qayyum nur yang menghadiahkan zirafah ini kepada saya. "nanti boleh lah kita pergi Haji sama-sama guna duit simpanan tabung ni =)"

ok, bagaimana pula dengan puasa? penuh tak? jangan pura-pura minum lepas tu kumur mulut dan mengaku puasa, oke. sangat tipu. ye, itu alasan masa saya darjah 2M. 2Mawar. second last punya kelas. tak kisah la second last pun, tengok saya jadi apa sekarang... **tepuk-tepuk dada.

baju raya mestilah 3 bulan sebelum puasa dah tempah kan. saya hanya beli sepasang kain cotton jepun yang di beli di luar negara (bandung) =D .. la sangat. tak sabar nak tunjuk pada kawan-kawan. boleh la belagak "ini saya beli di jepun winter lepas." dan dan tu la winter.

okelah, saya hendak minum.. errr bukan, baca buku (-_-"). jumpa di lain hari.

//saya masih mencari kelas mengajar melukis. anyone??

No comments: