Thursday, September 10, 2009

Binatang-binatang dalam hidup saya.

ini pinat. beliau garang. Qayyum selalu confius, "ini kucing atau monyet?" pinat selalu menggigit. tidak manja langsung. terlalu garang untuk seekor kucing. dia adalah seekor kucing yang dirasuk hantu. tengoklah matanya...

hasil duit penyimpanan selamat 4 tahun. ok, saya tipu....
raya sudah hampir. terlalu banyak sale untuk diharungi. saya sempat menyambar sepasang Puma Wages. oh (~_~) ini hadiah untuk diri sendiri kerana berjaya berpuasa, walaupun tidak penuh. heh


Jenama basikal ini Cat Bike. didalam gambar ini, ada seekor kucing dengan mata bercahaya. cukup lengkap untuk menggambarkan basikal saya cuckup power. heeeee


basikal ini hadiah kepada saya kerana berkelakuan baik untuk sepanjang tahun.
tidak merompak dan membunuh sesiapa sehinga kini. saya amat teruja apabila mendapat hadiah basikal ini. oleh kerana rumah saya dia atas puncak bukit , semasa turun dari bukit, memang laju, bayangkanlah kereta yang turun bukit ini, tidak perlu tekan minyak. dia sudah boleh berjalan hingga ke bawah. betapa terpacaknya jalan bukit ini.

pada satu petang yang biasa-biasa, saya denganteruja, dengan seluar baru, mp3 yang digantung di handle basikal, saya turun bukit. wahhh~~ lajuuuuuu~~~~ sehinggalah saya sampai semula di kaki bukit dan ingin naik ke jalana bukit terpacak ini untuk pulang kerumah, saya terpaksa menuntun basikal hingga keatas, lebih kurang 2 KM. tanpa senaman untuk memanaskan badan, memang cukup untuk buat kaki saya kejang.

keesokkan harinya saya tidak ke office.


//saya sedang berusaha untuk manuskrip ke-3. (-_-")


1 comment:

QAYYUM said...

baru tau... bukan senang nak kurus woooo.... :P