Friday, October 9, 2009

alasan teruja sampai pengsan

Sudah puas beraya? Sudah kira lilit perut?

ala, jangan tipu la nak cakap "perut saya kurang 5 inci". tiada guna untuk menipu diri sendiri, tiada guna juga berselindung
disebalik korset Beautiful-yang-mahal-dan-tak-berkesan.

saya cuba melakukan aktiviti berbasikal yang tergendala akibat berpuasa dan tidak kuasa nak berkayuh di jalan bukit-bukit begini sebelum bukak puasa. bila bukak puasa, dah gelap, lampu basikal belum beli
(ye ye, banyak alasan)

****

Kelas Animation Technique sudah 3 minggu di batalkan. Pak guard bagitahu, "Seyed Ahmad tu ye? dia balik Iran, cuti raya."

Beria lah saya emel kepada beliau, assgmnt pertama tu. dia tidak balas. mentang-mentang lah hensem.
**tiba-tiba

...dan selepas itu, Saya pulang dengan gembira kerana mata saya mengantuk yang amat kerana tidur yang tidak cukup dan rasa bersalah kerana tidak hadir ke kelas beliau sebanyak 2 kali sebelum raya, akhirnya terbela =)

****
Saya ada berita. buku saya akan keluar dua buah sekaligus (oo) <--- hidung. saya sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan layout (yang dikejar oleh editor), men-design cover mengikut citarasa sendiri dan mengenepikan idea orang lain, wajah yang dahulunya cute-mute dengan senyuman, kini macam ketat seperti memakai spender adik, meja yang penuh dengan barang-barang yang belum tentunya berguna, bilik yang macam tempat pembuangan sampah... ah, sungguh dasyat sehingga saya tidak berani lagi untuk berkata-kata. Cover sudah siap design, tapi masih belum final lagi. tungguuuuuuu~ =)
****

Sekarang baru bulan 10. bulan depan baru bulan 11. 20.11.2009, hari jadi abah. Happy birthday in advance, abah.

NEW MOON DAH NAK KELUAR!!!!

**mata pusing-pusing. oh, saya tidak dapat bayangkan keadaan saya yang berada didalam panggung wayang bersama webit nanti. pasti saya mengenepikan webit demi edward cullen. oh edward...

saya pernah berkata "Kalau edward cullen ajak aku kawen, aku rela tinggalkan webit,"

kawan saya membalas "bukan you yang gila, edward tu yang gila,"

cis.

untuk tidak menghampakan masyarakat sekeliling yang sebuk sangat ingin melihat edwar saya berlakon, nah, saya sudah letakkan disini, tengoklah puas-puas. tengok je oke...



*_* arrghhhh kenapa hensem sangat ni??? arrgghhhhhhh **pengsan

No comments: