Wednesday, October 28, 2009

Manik Merah Jambu dan cerita kecil saya.

Klik gambar untuk besar


Masa darjah 1. Saya bercita-cita nak jadi pramugari (T_T). Ye, tahu la saya tak tinggi, kan. tahu la. ini kebiasaan untuk kanak-kanak yang senang terpengaruh dengan cerita TV yang ada perempuan cantik, terus angkat jadi idola sepanjang zaman.

dan selepas itu, saya bercita-cita untuk menjadi pereka fesyen, (hasil pengaruh rancangan NONA di TV3).

saya suka punggah baju lama-lama. ambil gunting, potong mengikut saiz kesukaan, ambil jarum dan jahit. tadaaaa.. dah jadi 1 uncang. saya simpan syiling, simpan getah rambut. simpan lah apa-apa. dan jika mahu jenama hebat, potong saja jenama dari belakang dalam baju. saya potong jenama BUM. (t-shirt abang). =)


i like


bermula lah hidup seorang designer-yang-todak-bertauliah-dan-langsung-takreti-guna-mesin-jahit.

jeans yang masih elok, saya potong untuk buat skirt. menggunakan kaedah teknik tampalan. tampal dengan jeans lain. wow! hasilnya pastilah entah apa-apa. jangan harap la nak pakai, kan. hohohoh... apa lagi, kena marah.

ada beberapa pasang baju dan seluar yang terkorban angkara experimen saya dan saya masih belum serik kena marah. hohoho...

sehinggalah saya masuk sekolah menengah, dan seterusnya melanjutkan pengajian ke bidang Graphic dan Multimedia.

-------

Kisah ini, cerita saya.

-------

Kisah dua orang gadis yang minatnya dalam fesyen.

bezanya mereka, meeya yang bersemangat dan penuh keyakinan. beza Aishah, merendah diri dan sentiasa tidak yakin. bezanya mereka lagi, perbezaan keluarga yang ketara.

Idea bisnes untuk menjual pakaian terpakai. baju-baju yang sudah tidak digunakan, di tambah manik, butang, labuci dan pelbagai hiasan. baju yang lusuh kelihatan cantik. hasil dari sulaman Aishah.

Meeya yang tidak pandai menjahit, membantu dalam membiayai kos belian barangan dan modal untuk gerai mereka yang akan dibuka di Karniva Usahawan.

Meeya yang melihat ketekunan dan kecekapan Aishah dalam menyulam manik terus mendaftarkan nama Aishah dalam satu pertandingan untuk mereka-semula pakaian.

bermulalah kisah bagaimana dua gadis ini bertungkus lumus untuk memulakan bisnes mereka dan kumpulan gadis nakal lain cuba sedaya upaya menjatuhkannya.

Bagaimana pula Aishah dengan pertandingan mereka-semula pakaian demi mengejar tempat pertama untuk cita-citanya?

//ingin memulakan bisnes seperti Aishah dan Meeya "The Golden Wardrobe" ?? buku ini ada panduannya.











6 comments:

ann said...

Tahniah! Buku sudah keluar...

Ana Dania said...

Hoyeh.. Tahniah Wani.

Nur Syuhada Zamberi said...

saya dh bace buku nie best...

park sun-hi said...

saye suka sangat buku nie..but pinjam dari kwn.tengok cover pon dah nampak menarik..best gile buku nie!

Unknown said...

ahh! saya dah banyak kali baca buku i sampai habis, tapi tetap tak bosan keep it up. saya support awak.

Unknown said...

akak, boleh tak saya nak minta izin untuk cerita kan balik dalam buku novel akak ke dalam blog saya. harap akak bagi. terima kasih. ikhlas dari peminat akak :)