Monday, March 22, 2010

kita bertemu lagi di PBAKL 2010

Klik untuk image besar

kali ini, kami di benarkan untuk menyimpan/ meletakkan/ cawan plastik di atas meja untuk kegunaan sepanjang hari. ini langkah-langkah untuk mengelakkan pembaziran dan menyelamatkan bumi kita. umph!
// cawan kami juga boleh dihias-hias dengan corak yang pelbagai mengikut kreativiti sendiri.


Sebagai tukang sibuk di booth PTS dan juruwang kadang-kadang, saya tertarik dengan beberapa booth yang lebih selesa untuk mempromosi buku secara lemah lembut dan bertindak dengan bijak dan pantas contohnya semasa saya tidak bertugas pada hari ahad lepas. saya dan si-arnab-berambut-kerinting ke pesta buku dengan niat suci untuk membeli seberapa banyak mungkin novel hasil tulisan Matt Romeo terbitan creative enterprise. ya, saya sangat suka membaca tulisan beliau.

tiba disana, buku yang saya dapat hanya 3. tidak mengapa, saya beli juga. semasa saya belek-belek novel di book shelf, datang seorang petugas dari creative enterprise menegur saya. saya menanyakan tentang novel-novel syarikat beliau. beliau mengesyorkan kan saya untuk membeli beberapa buah novel sekaligus. tetapi, saya hanya mahu yang fun fun dan catchy dan boleh gelak-gelak. saya tidak mahu novel air mata. dengan pantasnya beliau mengambil sebuah novel tajuk saya tak ingat dan bercerita kepada saya dari mula hingga tamat dan perempuan itu bunuh diri.

see.. betapa bagusnya petugas creative enterprise, mereka membaca dan boleh bercerita semula kepada pelanggan dan dengan itu saya dapat menjimatkan wang saya dan saya boleh beli novel lain pula. :)

esok selasa, saya ada di booth PTS lagi. dan kami semua akan berpakaian biru dan saya akan pakai topi koboi warna magenta. selamat bertemu :)


2 comments:

Izanor said...

Wah, teruja! Saya juga (dulu semasa zaman persekolahan)meminati hasil tulisan Matt Romeo. Memang menarik dan selamba! Ya, tak dinafikan jalan cerita yang ditampilkan berunsur skandal terlampau. Yang penting kita tahu mengambil maksud tersirat dan pengajarannya.

Oh, mungkin saya boleh meminjamnya dari Cik Ney satu hari nanti:)

ney said...

wow, saya ingat peminat beliau tinggal saya seorang. :) boleh, nanti datang la ke rumah saya