Tuesday, August 24, 2010

2 Tip Memohon Kerja @PTS

Kesilapan yang kebanyakkan pemohon sering lakukan dan berulang kali.


contoh 1 : sAya naK tanYA, aDa keRja KosonG tAk?

Saya tidak faham mengapa mereka rajin benar nak besar kecilkan tulisan. Banyak pula masa mereka.

contoh 2 : Ade keje kosong tak? ca ne nak apply keje itew?

Hah! bahasa canggih alaf ini. Sila gunakan bahasa yang biasa.

+ + + +


Tip!

#1 - Nyatakan dengan jelas Jawatan yang dipohon di tajuk emel ataupun di luar sampul surat permohonan jawatan anda. Ini akan memudahkan pihak HR membuat saringan pertama permohonan yang masuk.

#2 - Gunakan bahasa melayu tinggi di dalam surat pengenalan anda. Surat pengenalan adalah introduksi pertama diri anda
kepada PTS. Elakkan menggunakan bahasa sms dan bahasa rojak.

Tip ini diambil dari Facebook PTS.

//jadi, dengan adanya tip ini, dapat membantu mereka yang benar-benar serius memohon. Selamat Berjaya.

No comments: