Terima kasih juga kepada pembaca-pembaca tegar yang sentiasa rock dan cool dan aw-you-so-comel, terima kasih atas sokongan anda dan juga emel-emel yang membuatkan hati saya berbunga-bunga dan sekaligus menyuntik semangat saya untuk terus berkarya dan berkarya. Terima kasih yang tidak terhingga kerana menyokong team chronicle hingga ke tahap ini.
oh, saya sungguh terharu.
ok ok.kembali kepada kehidupan asal. saya masih lagi minum neskefe tarik di gerai tepi jalan. masih lagi suka makan chicken wings di NZ bawah. masih lagi mengekalkan nama NZ bawah walaupun restoran NZ itu sudah berpindah tempat dan digantikan dengan restoran D'Red Chair.
ok, sekadar gambar untuk menghias blog. ngeh.
Draft untuk manuskrip Chronicle 301.
Maafkan saya atas kualiti image yang terlalu taboleh pakai. heh. saya memang sengaja buat effect begitu supaya tak boleh baca. nanti tak suspen la kan.
ye la ye la.
Dengan hanya berbekalakan 3 jam bersama ana dania di temani kanak-kanak yang tiba-tiba muncul entah dari mana, tomyam yang agak masam, telur dadar yang agak masin, 2 cawan neskefe tarik dan kami berjaya menyiapkan draft 5 bab untuk manuskrip kami.
Yeah! berikan tepukan gemuruh untuk kami berdua.
Bila lakukan kerja dengan ikhlas, semua jadi mudah.
betul.
:)
3 comments:
Pinjam ayat Wanzu, heibat!
:) :)
Post a Comment