Thursday, February 24, 2011

Hal jiwa

Saya mengalami tekanan di bawah sedar. heh. tekanan yang tidak boleh berfikir secara kreatif. tekanan yang bila tengok artwork, rasa nak muntah.


Kata kawan sya, saya perlu bercuti panjang.


Bulan depan saya cuti almost 2 wks. yes!


Saya pulang ke rumah dengan fikiran yang kosong. tetapi sebenarnya berserabut dan asyik terfikir "konsep baru! konsep baru! konsep baru! macam mana nak buat konsep baru?"


otak kosong.


buka pintu rumah, hati rasa gembira :) duduk bersila depan TV, on chucky dan berintenet.


Semasa sedang bergembira bersama talian internet yang agak laju dan cuaca yang redup-redup selepas hujan, saya membaca blog My Amethyst. oh wow. sungguh teruja.saya tak tahu bagaimana untuk menerangkan keterujaan saya ini, tetapi yang paling penting, saya teruja.


saya suka fesyen. apa saja. shawl, cardigan, maxi dan paling saya suka adalah jumpsuit


secara borosnya, saya sudah membeli beberapa helai pakaian yang saya belum pakai pun. 


**sigh.


2 Mac ini saya akan ke Kinokuniya untuk membuat research. saya memerlukan terapi mata dan terapi duit untuk masa-masa begini.


Saya juga sedang gigih untuk menyambung semula kisah Putera Lola dan Puteri Loli. Saya juga memerlukan bilik yang sunyi dan sepi.


dan baru saya sedar, sudah jam 7.36 PM. saya masih belum buka lampu. patutlah gelap.

No comments: