Sunday, May 15, 2011

Terima kasih cikgu

Selamat Hari Guru kepada cikgu tadika saya cikgu Shakirah.


Walaupun saya tidak dapat menjadi Pilot atau Pramugari seperti cita-cita saya dahulu, tetapi saya mahu cikgu tahu, saya berjaya bergelar manusia berguna. ewah~ dan saya bangga menjadi pelajar tadika kemas-yang-tidak-mahu-pakai-uniform dan saya berjaya bekerja di dalam pejabat seperti dalam drama TV2 dulu-dulu. Seperti yang saya impikan setiap kali menonton drama melayu RTM.


Saya mahu Cikgu bangga kerana walaupun saya tidak pandai melukis sejak tadika hinggalah umur 26 tahun ini, tetapi saya berjaya mendapat kerja sebagai Artis Grafik di sebuah syarikat penerbitan yang tidak kurang hebatnya.


Saya mahu cikgu tahu, walaupun dahulunya saya malas belajar dan suka nangis dalam kelas jika tidak diteman oleh mak ataupun sesiapa, tetapi saya sekarang semakin rajin kerana saya sedang menyambung pengajian saya ke tahap yang lebih tinggi. saya sudah tidak malas lagi. tetapi saya suka ponteng kelas. tapi saya mahu cikgu tahu, saya dapat A di dalam matapelajaran PHOTOGRAPHY.


Lagi satu saya mahu cikgu tahu, saya tidak lagi menyanyi di hadapan orang ramai seperti yang saya lakukan semasa konsert tadika kemas dahulu. saya semakin malu. baguslah tu kan cikgu? nasib baik saya tidak jadi penyanyi. kalau tidak, pasti saya sudah paksa cikgu beli album saya.


untuk Cikgu-cikgu saya dari darjah 1 hingga tingkatan 5, Terima kasih banyak-banyak. 


Saya semakin cintakan buku.


Terima kasih


:)

2 comments:

lolli said...

Hi Ney!ini ke penulis novel manik merah jambu tuh?hehee..actually sy penah beli novel tu..tetibe lak semalam sy tgok balik ada address blog ni..best gile ark novel tuh tapi cite tu betul ke rekaan je?curious nk tau ni

anyway,ada upcoming novel tak?

neyjoehan said...

Hai Siddiq. Ya, inilah penulis Manik Merah Jambu tuh =3

Terima kasih kerana suka novel saya **terharu.

Upcoming novel? Ada. sambungan Chronilce 301 dan yang baru published Renda Labuci Biru(sambungan Manik Merah Jambu **MMJ)

Cerita di dalam MMJ berkisarkan kisah benar (sikit-sikit) dan di tambah fiksyen unutk penyedap cerita.