Wednesday, February 27, 2013

Masalahnya sekarang ni

Dulu, masa saya kecil, saya memang tak sabar-sabar untuk dewasa. Saya tak sabar-sabar untuk rasa hidup sebagai remaja.

Saya curi-curi pakai gincu. saya pakai kasut tinggi mak saudara. berlagak pandu kereta.

Masuk sekolah menengah, saya tak sabar-sabar pula nak habis sekolah dan masuk kolej. saya berharap sangat saya dapat hidup jauh dari rumah. Jauh dari ibu bapa. Saya nak berdikari.

Berdikari-lah-sangat

tamat kolej, saya bekerja. Bekerja dan bekerja. Entah apa yang saya kejar. asyik kerja saja. Tapi tak kaya mana pun. Tak menyimpan. saya boros.

bila usia mengganjak 25... terasa mahu kahwin.

26 tahun, saya mendirikan rumah tangga. Saya sedang sambung degree ketika itu.

bila usia mengganjak 28. saya takut untuk terus mengganjak lagi.

terlalu banyak masalah.

saya takut.

saya berharap saya dapat balik ke tahun remaja.

di mana saya masih belum kenal apa yang saya kenal sekarang.

semak kepala.

Saya berharap saya ada kucing yang boleh bercakap T___T

No comments: