Sunday, February 27, 2011

Peraduan membaca itu cool

Hai bukuhollics. Apa khabar? sudah makan? :)


Saya? sudah berkali-kali. jangan risau. Saya juga sedang menjaga badan. Cita-cita baru saya adalah menjadi slim.


Saya gembira taw... ihik.... kerana ramai pembaca Manik Merah Jambu dan Chronicle 301 : Semester satu menghantar emel, menyokong dan banyak juga yang bertanya tentang sambungan buku-buku itu.


Saya suka :) terima kasih tau. sangat-sangat. saya sangat menghargai pembaca-pembaca saya. jadi, oleh kerana saya menghargai pembaca-pembaca saya, saya ingin membuat peraduan.


Dengan adanya peraduan ini, bolehlah pembaca-pembaca bertuah mendapat buku free, Free postage dan autograf dari author :)


Suke tak? :D


Peraduan ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menggalakan rakyat Malaysia supaya sentiasa membaca. Membaca buku juga cool ok. siapa kata bukuhollic tidak cool? siapa kata? **cekak pinggang


ok...


Bagi pembaca-pembaca yang mengikuti Chronicle 301 dan Manik Merah Jambu ini ada soalan-soalannya:




1. Siapakah nama sebenar Iman di dalam novel Chronicle 301?


2. Apakah nama Universiti di mana tempat Iman belajar?


3. Siapakah nama kawan-kawan baik Iman?


4. Apakah nama novel sambungan Manik Merah Jambu?


5. Siapakah yang memenangi tempat pertama dan berjaya ke London?


6. Apakah nama perniagaan Meeya dan Aishah?




Syarat -syarat:


1) Jawap ke enam soalan dengan tepat dan kurang tepat dianggap tidak tepat langsung.


2) Jawapan di e-melkan kepada neyjoehan@gmail.com sebelum 15 Mac 2011.


Dua syarat je. Jadi, jangan tunggu lagi.




 menangi Chronicle 301 Salji Pertama dan sambungan Manik Merah Jambu.



2 comments:

Aida Syazwina said...

Kak Ney Joehan , boleh x akak buat lagi contest mcam ni . sbab saya x
smpat nk bka blog akak . sya mmang
pminat Kak Ney Joehan dan saya menggemari buku Manik Merah Jambu .
Hrap akak bleh buat lgi contest mcam ni untokk pminat , plishh ?

P/S : wlaupun akak ckap akak saiz XL,
bgi sya akak ttap CHUMELL !

neyjoehan said...

Hai Aida

Thank you so much :)

Jangan risau, nanti akak akan buat lagi dan akak akan war-war kan di FB.

tunggu eyh :)